Dari Muar ke Kuching, ke Miri.....ke JB.
Jenguk-jenguk dan tangga koleksi gambar kenangan di Sarawak dan Johor.Sekian..zab74@tm.net.my
Wednesday, August 30, 2006
guano!!
hari ni ada lagi gambar waktu aku outstation dulu, .. mereka sebenarnya sedang memikul'guano' atau tahi kelawar dari Gua Niah, Miri untuk dihantar ke orang tengah di pekan. Jarak mereka berjalan sambil pikul tu boleh tahan, ada sejam lebih, memang hebat sebab dapat pikul guni,naik bot lagi nak ke seberang, mungkin dah biasa, itulah rezeki mereka.. terima kasih kerana izinkan gambar diambil.. ok. Yang bertie tu adalah rakan saya dari Putrajaya.
Tuesday, August 29, 2006
ada hari kita sambung lagi
Hari-hari yang berlalu meninggalkan kenangan yang tak akan berulang kembali. Hanya ingatan yang semakin pudar ditelan waktu. Segala pahit manis adalah asam garam kehidupan yang harus ditempuh. Wbmanapun kita harus lalui dan terima apa yang ada dengan rasa syukur dan insaf. Aku ada banyak lagi foto nak share di blog ni.. esok sambung lagi. bye. din
my twin 040506
04.05.06 adalah hari paling indah dan bertuah bagi aku kerana zuriat kami bertambah dari satu jadi tiga. Pada hari itulah isteriku melahirkan putera kembar kami, namanya ahmad dzakwan wajdi & ahmad zharfan wajdi. Si abang (sebelah kiri anda) iaitu ahmad dzakwan wajdi sihat, cuma perlu 'operate' bibir dia, insya allah tengah bulan depan. nanti ada foto dia. doakan selamat!!
gayat naik bot ni..bot kecik je
bulan lepas aku ada ke satu rumah panjang di kawasan Niah, cuma ada satu cara ke sana iaitu naik bot sangkut muat 4 orang penumpang, 20 minit naik bot tu..ok juga satu pengalaman baru. yang pakai 'cap' biru akuler, yang lain tu group aku tengah beri laluan ..
Yang lain tu bro zaidi, dom, dan belakang aku pilot, dan ronny depan sekali
(tak nampak sbb ambik gambar)... pemandangan memang cantik dan klasik.
Sungai...Batu Niah
Ini adalah gambar Sungai Niah dekat jeti di pekan Batu Niah yang diambil pada awal pagi... banyak udang galah kat sini, nak tau cubalah.. Dengar khabar si bujang ada juga kat sini. Si bujang pun tak berapa senang kalo korang selalu sangat datang..
Nampak sangat tenang kan sungai tu... kena hargai apa yang tuhan kurniakan..
Insya Allah..
The Grand Old Lady
Hari-hari aku lalu jalan 'short cut' ke pejabat dgn melalui Jalan Oil Well, Canada Hill yang tinggi dan curam. Di puncak tu ada simpang kanan menghala ke 'Grand Old Lady'. Pernah ke dengar apa ke ? Ada ke sejarah mengenainya? Panjang ceritanya. Pendekkan cerita, sebenarnya ia adalah nama sebuah telaga minyak yang terawal di Malaysia, telah dibina pada tahun 1910. Itulah sebenarnya landmark utama Bandaraya Miri sehingga sekarang. Sekarang ni memang cantik, ada Muzium Petroleum (Petronas punya). Telaga tu berserta beberapa pekerja minyak (yang tak tau penat) telah dibuat semula untuk tarikan pelancong. OK mari ke sini!!
Gambar kecil di atas adalah pemandangan jalan naik ke Kg Hj Wahed dan ke puncak Canada Hill dan seterusnya jalan turun menuju ke Jalan Padang Kerbau.